Sunday 7 May 2017

TEMPAT MENARIK DI TANJUNG KARANG DAN SEKINCHAN YANG PERLU ANDA LAWATI

Tanjung Karang dikenali sebagai salah sebuah kawasan penanaman padi yang terbesar di negeri Selangor.


homestay-tanjung-karang
Pemandangan waktu petang di Tanjung Karang sewaktu musim menuai.
Gambar dari relaksminda.com


Jelapang padi yang bermula dari Tanjung Karang sehingga ke Sungai Besar menjadi produk pelancongan yang sudah dikenali pelancong dari dalam dan luar negara. 

Selain padi, kawasan ini turut dikenali kerana membekalkan produk laut dan ikan ikan segar terutamanya ke Lembah Klang. 

Tidak hairanlah banyak restoran makanan laut Cina boleh didapati di Tanjung Karang dan Sekinchan. 

Jika bercadang ke Tanjung Karang untuk sebarang majlis atau apa apa sahaja aktiviti jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri saujana pemandangan padi. 


homestay-tanjung-karang-shaari
Ketika ini banyak produk pelancongan mulai diperkenalkan. Diantaranya di kawasan Sekinchan yang hanya mengambil masa perjalanan 15 minit dari Tanjung Karang ada banyak tarikan pelancongan. 
tempat-menarik-di-sekincan-tanjung-karang
SKC 3D Sekinchan

Diantaranya ialah Muzium padi, 3D Art , menunggang basikal di sepanjang kawasan tanaman padi yang menghijau.



homestay-tanjung-karang

Berbasikal di kawasan penanaman padi di Sekinchan adalah antara aktiviti yang menarik boleh dibuat apabila berkunjung ke Tanjung Karang

homestay-tanjung-karang


 Di Sekinchan, banyak kilang kilang padi dan kilang benih padi. Anda berpeluang untuk membeli beras di  kilang Padi PLS dan melawat muzium padi kilang mereka. 


homestay-tanjung-karang


Sekian dulu tempat menarik di Tanjung Karang dan Sekinchan Versi 1 ini. Artikel akan datang saya akan kongsikan beberapa tempat menarik lagi sekiranya korang berkunjung ke sini.

Sekiranya berminat untuk menyewa homestay hubungi kami;

wasap-homestaytanjungkarang
013-2274027 Yusri

Untuk mencari tempat makan menarik di kawasan ini boleh baca:

tempat makan menarik di daerah Kuala Selangor
Makanan Jawa di Tanjung Karang




No comments:

Post a Comment